FAQ Minuman Kesihatan Az-Zahra PIO

1. Adakah jus ini sesuai untuk ibu mengandung?

Sebaiknya jus ini diambil selepas 4 bulan mengandung dan cairkan sukatan pengambilannya dengan selalu minum air kosong.

 

2. Pada umur berapakah sesuai untuk minum jus ini?

Bermula dari kanak-kanak umur 2 tahun dan ke atas.

 

3. Bolehkah jus ini diminum oleh lelaki?

Sudah tentu. Jus ini boleh diminum oleh lelaki dan perempuan.

 

4. Ibu yang menyusu anak bolehkah mengambil jus ini?

Boleh, tapi kurangkan dos pengambilannya jika bimbang bayi tidak tahan dengan kesan jus ini.

 

5. Sebotol jus ini boleh tahan berapa lama?

Jika mengikut sukatan yang diberikan, jus ini boleh bertahan lebih kurang dalam seminggu untuk botol kecil dan 2 minggu untuk botol besar.

 

6. Bolehkah ibu yang berpantang mengambil jus ini?

Boleh.

 

7. Kanak-kanak umur setahun boleh tak minum jus ini?

Boleh tetapi tidak digalakkan. Berikan hanya setengah sudu kecil atau kurang dari itu.

FAQ Magical Argan Oil by Azzahra D'Argan

1. Adakah minyak argan rasa berminyak seperti minyak zaitun dan minyak-minyak yang lain?

Tidak sama sekali, kerana minyak argan mempunyai kadar serapan yang tinggi berbanding minyak- minyak yang lain.

 

2. Bolehkah minyak argan dimakan?

Minyak argan yang digunakan dalam bidang kosmetik tidak boleh dimakan. Hanya minyak argan yang telah dihasilkan dari kernel buah argan yang sudah dipanggang sahaja boleh dimakan. Orang Morocco menggunakan minyak argan untuk memanggang roti, kus kus, salad dan sebagai pencicah roti.

 

3. Macam mana nak tahu minyak argan itu asli atau tidak?

Minyak argan asli mempunyai sedikit bau aroma kekacang, menyerap dengan mudah, berwarna kuning keemasan, tidak mengandungi apa-apa bahan tambahan dan mempunyai sijil pengesahan keasliannya.

 

4. Bolehkah lelaki menggunakan minyak argan ini?

Ya, minyak argan asli boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

 

5. Macam mana cara nak gunakan Magical Argan Oil?

Hanya gunakan beberapa titik minyak argan pada tapak tangan dan sapukan pada kulit, kuku dan rambut selepas mandi atau pada waktu malam.

 

6. Minyak argan ada tarikh luput/ expired date tak?

Jangka hayat minyak argan asli ialah 2 tahun. Tetapi anda boleh memanjangkan hayat minyak argan bergantung kepada teknik simpanan yang betul dan pastikan ia jauh dari suhu yang panas seperti cahaya matahari.